comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Konsert Jiwa Kacau gamat, 7,000 peminat lepas geram

FOTO: Echolalia Pictures

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

SHAH ALAM: Konsert Jiwa Kacau berjaya menggegarkan Stadium Malawati Shah Alam dengan berjaya menarik lebih 7,000 ribu pengunjung, Sabtu lalu.

Konsert kolaborasi antara empat kugiran iaitu Insomniacks, Masdo, Bunkface dan Hujan ternyata seolah menjadi himpunan buat peminat-peminat muzik indie yang berbeza genre.

FOTO: Echolalia Pictures

Band indie muda, Insomniacks membuka tirai konsert dengan membawakan lagu bergenre pop rock seperti Langgar, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan Pulang.

Persembahan kedua konsert pula, penonton disajikan dengan Kugiran Masdo yang terkenal dengan muzik bernuansa pop 60-an.

Antara lagu yang dibawakan ialah Janji Manis, Miss Flower, Teruna Dara, Inilah Jalan-Nya, Dinda, Bunga, dan Bercanda Di Malam Indah.

FOTO: Echolalia Pictures

Sementara itu, Bunkface hadir di persembahan ketiga yang membawakan muzik indie dan ‘punk rock’ dengan lagu Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik, Situasi dan Revolusi.

Vokalis Bunkface, Sam juga tak melepaskan peluang untuk mengajak salah seorang penonton untuk nyanyi bersamanya di atas pentas.

FOTO: Echolalia Pictures

Menutup tirai, stadium semakin gamat dengan kehadiran kumpulan rock popular Hujan yang menampilkan Noh Salleh sebagai vokalis utama.

Hujan menampilkan lagu Obsesi, Mencari Konklusi, Dugaannya, Perindu Kalbu, Kotak Hati, Jiwa Kelajuan, Ahmoi Chantek, Lonely Soldier Boy, Empayarmu dan Aku Skandal.

Loading...
Terkini