comscore
Tumpuan :
Nasional

Konsert Exists, Ungu di MAEPS percuma malam esok

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan dua band popular, Exists dan Ungu pada acara berskala besar di Konsert Hari Peneroka FELDA 2024 yang berlangsung Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, malam esok.

Peminat dua kumpulan popular ini boleh menonton konsert itu secara percuma.

Konsert lebih tiga jam bakal menyaksikan Exists dan Ungu mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular mereka.

Sejurus konsert berakhir, pengunjung juga berpeluang menyaksikan perlawanan akhir UEFA EURO 2024 melalui layar besar LED.

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 bermula semalam dan bakal berakhir, esok.

Acara itu menjadi program terbesar dilaksanakan FELDA bagi menghargai peneroka tanah rancangan itu yang wujud sejak kira-kira 68 tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini