comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Konsert ‘Datuk M. N45IR Cipta 2′ janji kelainan visual, persembahan

Konsert Cipta 2 yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini menjanjikan kelainan daripada segi visual atau persembahan. – FOTO: NSTP

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Konsert ‘Datuk M. N45IR Cipta’ pada 10 Ogos lalu masih menjadi buah mulut orang ramai kerana dikatakan antara konsert terbaik tahun ini.

Susulan itu legenda muzik berkenaan sekali lagi bakal mengadakan persembahan solo pada 12 Oktober ini menerusi ‘Konsert Cipta 2’ dengan mengekalkan konsep dan lokasi yang sama.

Ujar penyanyi berkenaan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan peminat yang terlepas konsert pertamanya serta buat peminat yang masih teringat-ingat dengan kehebatan konsert berkenaan.

“Saya akan buat peminat ‘move on’, saya sudah mulakan cerita jadi saya bertanggungjawab untuk menutup semula,” katanya yang ditemui semasa sesi sidang media pagi tadi.

Jelasnya lagu-lagu yang akan dibawa pada konsert akan datang berbeza daripada karya-karya lama beliau.

Penyanyi lagu Apokalips ini juga dijangka menyanyikan beberapa lagu baharu serta menjanjikan kelainan daripada segi visual atau persembahan.

Aznan Alias selaku pengarah muzik untuk konsert itu berkata sambutan hangat yang diterima membuatkan mereka tidak lelah dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada penggemar karya sifu ini.

“Sudah terbukti pada konsert yang lepas apabila lagu ketiga kami iaitu Senandung Semalam, saya nampak penonton menyanyikan bersama dengan penuh dengan cinta dan perasaan.

“Saya rasakan itu sesuatu benda luar biasa, sebab itu orang nak datang untuk merasai sendiri,” ujarnya.

Tiket untuk konsert berkenaan akan mula dijual pada 27 Ogos ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini