comscore
Tumpuan :
Nasional

Konsep “Rent to Own” diperkenal Kerajaan Johor wajar diperluas ke negeri lain – TPM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika Gimik Pecah Tanah Taman Bukit Perdana Fasa 1 & 2 dan Taman Bukit Perdana Fasa 6 pada Majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang, Johor.

KLUANG: Inisiatif Kerajaan Johor mengembalikan tiga puluh peratus dari kadar sewa bulanan rumah mampu milik kepada penyewa bagi membolehkan mereka membeli rumah baharu wajar di contohi Kerajaan Negeri lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, konsep yang diperkenalkan itu mampu membantu golongan muda yang baru berkeluarga membeli dan memiliki rumah sendiri.

Beliau yakin konsep itu amat membantu golongan muda membuat tabungan bagi membeli rumah baharu kelak

“Saya yakin soal menyantuni keperluan rumah untuk keluarga baru young family perlu dibuat kerana kuasa beli mereka masih berkurangan oleh sebab itu kaedah untuk “Rent to Own” ataupun kaedah penyimpanan daripada wang simpanan adalah pendekatan yang sangat diperlukan oleh mereka dan pendekatan yang baharu ini boleh diaplikasikan untuk negeri negeri lain” katanya selepas melancarkan program merealisasikan rumah mampu milik kerajaan Johor, di taman Kluang Perdana,.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Ratuk Onn Hafiz Ghazi.

Bermula tahun lalu, Kerajaan Johor memperkenalkan Rumah Transit Bangsa Johor sebagai satu usaha membantu rakyat khususnya pasangan muda yang baharu bekerja dan berkahwin.

Skim rumah berkonsep ‘Rent to Own’ atau ‘sewa untuk beli’ adalah skim penyewaan akan membayar kadar sewa sebanyak RM650 sebulan bagi tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu, RM446 akan digunakan untuk membayar sewa manakala bakinya RM 195 atau 30 peratus dijadikan tabungan untuk penyewa membeli rumah baharu pada masa akan datang.

Hingga kini 538 unit Rumah Transit Bangsa Johor telah siap dibina manakala lima projek lagi dalam pembinaan termasuk taman Kempas Utama, taman Mutiara Rini dan taman Laman Indah satu di Johor Bahru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini