comscore
Tumpuan :
Nasional

Konflik di Ukraine perlu diselesai secara baik melalui rundingan – Anwar

NEW YORK: Konflik di Ukraine memerlukan proses damai dilakukan secara baik bagi menyelesaikan perselisihan secara baik melalui rundingan.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui masa tidak menyebelahi hingga menyebabkan konflik berkenaan terus berlarutan.

“Disebabkab kegagalan yang berpanjangan untuk menangani krisis Rusia-Ukraine itu , saya menggesa usaha pelbagai hala bersepadu yang diketuai oleh PBB untuk menyelesaikannya” kata Anwar dalam Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York.

“Kita tidak boleh memilih jiran kita, tetapi kita boleh memilih untuk hidup aman dengan mereka. Dan keamanan tidak boleh berlaku tanpa pemberhentian permusuhan oleh semua pihak”

Anwar berkata adalah penting bagi semua pihak untuk kembali berdialog dan menyelesaikan perselisihan mereka melalui meja rundingan.

Anwar berkata Kesan daripada konflik Ukraine telah terpancar di seluruh dunia apabila harga makanan telah melambung tinggi yang membawa kepada kekurangan dan kelaparan dah kekurangan zat makanan.

“Seperti dalam konflik lain di tempat lain sama ada di Timur Tengah atau Asia Tenggara, penghijrahan paksa berlaku, menimbun masalah pelarian dan tanpa kerakyatan” kata Anwar.

| ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...
Terkini