Tumpuan :
Nasional

Konflik di Lubnan: Gencatan senjata penting elak lanjutan pencerobohan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi soal jawab bersama mahasiswa menerusi program Festival Idea Putrajaya hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PUTRAJAYA: Gencatan senjata di Lubnan merupakan keputusan penting dalam memastikan isu keganasan dan pencerobohan berlanjutan di kawasan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu merupakan tindakan positif namun wujud kebimbangan yang dibangkitkan pelbagai pihak.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, apa yang lebih penting adalah memastikan gencatan senjata mampu dimeterai.

“Sebarang usaha dan inisiatif mencari penyelesaian secara damai terhadap konflik ini amat dialu-alukan. Namun buat masa ini, gencatan senjata nampak positif, tetapi terdapat kebimbangan tertentu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Kita perlu memantau dengan rapi.

“Yang paling penting sudah tentu gencatan senjata kerana ia dapat mengelakkan sebarang serangan dan pencerobohan yang berpanjangan. Kebimbangan saya bukan hanya di Lubnan, tetapi juga situasi di Gaza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama mahasiswa menerusi program Festival Idea Putrajaya hari ini.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata, gencatan senjata Lubnan akan berkuat kuasa pada awal pagi semalam.

Keputusan itu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu menyatakan matlamatnya untuk menumpukan perhatian terhadap musuh utamanya iaitu Hamas dan Iran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini