PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bakal membina Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kolej berkenaan bakal dibina di Bukit Cina yang bersempadan di antara Ketereh dan Machang.

Katanya, kolej berkenaan akan dilengkapi dengan 20 bilik darjah serta kemudahan lain sekali gus memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan peringkat lepasan menengah di premis kolej yang lengkap.
“Pembinaan kolej ini dapat memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan peringkat lepasan menengah di premis kolej T6 yang lengkap.
“Pastinya pembinaan kolej ini dapat terus memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik demi anak-anak generasi pewaris negara, khususnya di Kelantan, katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.