PETALING JAYA: Buat julung kali, Kuala Lumpur Design Festival (KLDF) 2024 memberikan anugerah kepada reka bentuk terbaik di Malaysia.
Emerging Designers Program Award 2024 dianugerahkan kepada BUNGKUS pada Majlis Makan Malam Anugerah Gala di Pusat Seni Toffee, Kuala Lumpur, malam tadi.
Mengangkat tema ‘Everyday Design’ atau Reka Bentuk Setiap Hari, KLDF tahun ini memilih satu reka bentuk terbaik untuk menggalakkan pemenang ke pentas antarabangsa menerusi Anugerah Emerging Designers Program (EDP).
Penjurian anugerah ini diketuai oleh Ketua Hakim program tahun ini, Nizar Musa (pereka/arkitek), dengan para kreatif berkaliber dengan seperti Fairuz Ramdan (Pengarah Kreatif Fesyen), Hani Ali (Pembuat Pereka Perabot), Jay Lim (Pereka Grafik Pemenang Anugerah), Dr Zack Zairul (Ahli Akademik, UPM), Jentz Tan (Design Thinking ), dan Suffian Shahabuddin (pereka/arkitek).
Beberapa tokoh terbesar dalam industri kreatif dan reka bentuk turut hadir ke Makan Makan Anugerah Gala bagi sama-sama memberi sokongan kepada KLDF 2024 yang berlangsung 17 Oktober sehingga 27 Oktober ini.
Dilihat sebagai pusat reka bentuk tempatan, KLDF menjadi fokus utama penggiat seni kreatif negara dalam meraikan reka bentuk bertaraf dunia.
Tema tahun ini yang membentangkan idea ‘Reka Bentuk Setiao Hari’ bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa reka bentuk memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.