comscore
Tumpuan :
Nasional

KLCC dan Bukit Bintang pula jadi sasaran Imigresen 

KUALA LUMPUR: KLCC dan Bukit Bintang di sini menjadi sasaran Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur malam ini dalam mengesan dan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Operasi bermula jam 9.15 malam tertumpu di tiga lokasi warga asing berkumpul iaitu kawasan sekitar hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, Jambatan Saloma Link dan Pavilion Bukit Bintang.

Pemeriksaan diketuai Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jafri Embok Taha dan disertai seramai 40 pegawai dan anggota.

Sehingga jam 10 malam tadi, lebih 50 individu diperiksa namun sebahagian mereka dilepaskan selepas mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Antara warga asing yang ditahan adalah warga Filipina, Pakistan, Nepal dan mereka yang memiliki kad pengenalan merah atau permastautin tetap.

Tumpuan sasaran pegawai penguatkuasa adalah memeriksa individu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan Imigresen.

Sehingga jam 10.15 malam tadi operasi pemeriksaan masih berjalan dan semua tangkapan dikumpulkan di hadapan KLCC.

Operasi dijangka berakhir sekitar jam 12 tengah malam ini.

Loading...
Terkini