KUALA LUMPUR: Klang di Selangor satu-satunya kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini dengan bacaan 156.
Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 9 pagi tadi, 48 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU itu adalah Jerantut, Pahang dengan bacaan 70; Kemaman, Terengganu (59); Kota Bharu, Kelantan (55); Kluang, Johor (58); Minden, Pulau Pinang (60); Bintulu, Sarawak (58) dan Tawau di Sabah (57).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Dalam pada itu, data sama turut menunjukkan 19 kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik.
Kawasan itu adalah Kangar, Perlis (44); Alor Setar, Kedah (39); Nilai, Negeri Sembilan (41); Sri Aman, Sarawak (17) dan Kimanis di Sabah (22).