Tumpuan :
Nasional

KKM siap siaga ancaman penyakit X 

Foto hiasan

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi sebarang kemungkinan, berhubung ancaman penyakit X di negara ini.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, persediaan itu antaranya berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik COVID-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV), sebelum ini.

Katanya, KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangan penyakit itu di dalam dan luar negara serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi kemungkinan bakal berlaku.

“Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum,” katanya selepas program ‘Lotus’s Ceria Charity Run’ di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, hari ini.

Kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun  antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Penganjurannya juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya membabitkan pihak swasta dan ia seiring dengan satu daripada strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen, Jun lalu. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini