Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KKM pertimbang guna teknologi satelit tingkat capaian internet di klinik kesihatan luar bandar

Foto: KKM pertimbang guna teknologi satelit tingkat capaian internet di klinik kesihatan luar bandar

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan penggunaaan teknologi satelit bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi internet lebih laju di semua klinik kesihatan khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, penggunaan teknologi komunikasi terbabit selari dnegan hasrat KKM untuk menyediakan perkhidmatan visual menerusi televideo bagi membuat diagnostik kesihatan.

“Perkara ini dibentangkan kepada menteri sebentar tadi dan kami akan mengadakan perbincangan antara kementerian terutama sekali Kementerian Komunikasi Digital.

“Ia bagi mendapatkan satu perkhidmatan yang dapat disediakan pihak MCMC bagi membantu KKM menyediakan perkhidmatan ini di klinik-klinik kesihatan khususnya yang berada di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bako di Kuching.

Menurut Lukanisman, KKM ketika ini sendang dalam proses meneliti semua projek di bawah seliaan kementerian itu yang dikategorikan sebagai projek sakit bagi membolehkan tindakan bersesuaian diambil untuk menyelamatkan projek berkenaan.

Beliau berkata, projek pembinaan Hospital Petra Jaya yang dikategorikan sakit sebelum ini telah berada di hadapan jadual pembinaannya selepas projek berkenaan diambil alih oleh kontraktor penyelamat.

“Projek ini (Hospital Petrajaya) menjadi keperluan utama KKM untuk disiapkan mengikut jadualnya bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“KKM juga turut berusaha mencari mekanisma bersesuaian untuk mengatasi seterusnya mengurangkan jangka waktu menunggu bagi mendapatkan rawatan di semua hospital dan klinik kesihatan diseluruh negara,” katanya.

Loading...
Terkini