Tumpuan :
Nasional

KKM lancar dua buku perubatan tradisional dan herba


Oleh Syafiqah Damanhuri

SETIA ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan dua buku perubatan tradisional dan herba.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata buku Kerangka Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia & Garis Panduan Penyelidikan Perubatan Herba itu memberikan gambaran menyeluruh mengenai status terkini penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) dalam negara.

“Buku ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam dunia.

“Ia terdiri daripada beberapa perkara penting iaitu, tadbir urus PT&K di Malaysia, domain penyelidikan PT&K di Malaysia yang merangkumi penyelidikan mengenai terapi berasaskan prosedur PT&K, penyelidikan mengenai penyediaan tradisional bahan ubatan dan penyelidikan konvensional farmaseutikal perubatan herba.

“Isu dan cabaran berkaitan pelaksanaan dan penilaian penyelidikan PT&K dan hala tuju dan keutamaan semasa bagi penyelidikan PT&K di Malaysia,” katanya.

Selain itu, KKM sentiasa komited dalam menjamin keselamatan dan kualiti perkhidmatan PT&K kepada orang ramai.

“Penguatkuasa Akta PT&K 2016 (Akta 775) pada Ogos 2016 merupakan langkah penting dalam memastikan agar pengawalseliaan perkhidmatan PT&K mematuhi perundangan sedia ada di samping meningkatkan profesionalisne pengamal PT&K dan memenuhi standard amalan yang ditetapkan,” katanya.

Loading...
Terkini