Tumpuan :
Nasional

KKM laksana projek rintis penggunaan ubat HIV

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melakukan projek rintis penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata projek rintis itu perlu dilaksanakan sebelum ubat berkenaan diperakukan oleh kementeriannya untuk kegunaan awam.

“Penggunaannya sudah dikaji. Kita telah bincang dengan pakar agama untuk tahu dari sudut hukum dan sebagainya.

“Penggunaannya bukan hanya kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tetapi ada beberapa lagi golongan lain yang akan menggunakannya untuk kita menyekat penularan HIV,” katanya.

Dr Zaliha memberitahu pemberita demikian selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang, di sini, hari ini.

Penggunaan ubat PrEP dikatakan mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV menerusi seks sebanyak kira-kira 90 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan. – BERNAMA

Loading...
Terkini