Tumpuan :
Nasional

KKM kesan lebih 800 kes kesihatan di PPS Sabah dan Sarawak

FOTO: JPBD

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lebih 800 kes kesihatan menerusi pemeriksaan terhadap 9,379 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan hari ini, KKM melaporkan sebanyak 671 kes jangkitan saluran pernafasan akut, 82 kes jangkitan kulit, 37 kes gastroenteritis akut, 17 kes konjunktivitis, serta satu kes penyakit tangan, kaki dan mulut telah direkodkan.

Bagaimanapun, tiada kes demam campak, tifoid, leptospirosis, Covid-19 atau kejadian wabak dilaporkan di PPS.

Sementara itu, 22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah kembali beroperasi.

KKM turut memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Sarawak menggerakkan 37 pasukan perubatan dan 30 pasukan kesihatan, manakala Jabatan Kesihatan Sabah mengerahkan 16 pasukan perubatan dan 27 pasukan kesihatan ke PPS yang terlibat.

Selain itu, tiga pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial yang terdiri daripada pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pegawai psikologi, anggota paramedik serta petugas kesihatan pelbagai kategori turut digerakkan ke semua PPS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini