KUALA LUMPUR: Satu kes baharu jangkitan Mpox dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes Mpox di negara ini sebanyak 12 kes sejak Julai 2023.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak sembilan kes dilaporkan pada tahun 2023, dua kes pada tahun 2024 dan satu kes bagi tahun 2025.
Kesemua kes yang dilaporkan merupakan clade II.
“Kes baharu ini melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 24 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari.
“Pesakit telah mendapatkan rawatan pada 10 Januari 2025, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi Mpox di dalam dan luar negara dan perkembangan terkini akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan rasmi daripada saluran yang sahih menerusi akaun media sosial KKM.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.