Oleh: Aslina Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menambahbaik peralatan klinik yang lama dan uzur.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya kini dalam usaha menambahbaik peralatan untuk menampung keperluan rakyat terutamanya melibatkan keadaan klinik dan peralatan lama dan uzur.
“Bagi menambahbaik sistem perubatan dan memberi perkhidmatan baik kepada rakyat, KKM menerima peruntukan lebih RM30 juta.
”Melalui peruntukan terbabit ia akan digunakan untuk perlaksanaan 3,970 unit peralatan perubatan daripada pelbagai kategori bagi fasiliti primer di seluruh negara,”katanya.
Sementara itu, Lukanisman berkata bagi kearah perkhidmatan kesihatan yang baik, KKM juga akan terus membuat permohonan penambahan jawatan anggota kesihatan setiap tahun.