comscore
Tumpuan :
Nasional

KKD, PERKESO bincang aspek keselamatan tiga sektor

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo bersama Fahmi, Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman dan Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam pada sesi pratonton drama pendek #CedokLife

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sudah mengadakan pertemuan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membincangkan aspek keselamatan dalam kalangan pekerja p-hailing, penggiat industri kreatif dan media massa.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap kegiatan yang dijalankan dalam bidang berkenaan dapat menjamin keselamatan penggiatnya.

“Saya sudah minta adakan beberapa perbincangan dengan pihak telekomunikasi (telco) untuk meneliti dan menyediakan pakej khas bagi mereka yang terbabit dalam pekerjaan p-hailing.

“Saya juga meminta kementerian adakan perbincangan dengan PERKESO untuk meneliti tiga sektor iaitu p-hailing, kru produksi filem dan ‘stringer’ media supaya jaringan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh dapat disediakan.

“Saya dapat sedikit aduan dan pandangan bahawa di bawah PERKESO ketika ini mungkin ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meluaskan jaringan keselamatan sosial termasuk pencen ilat dan khairat kematian,” katanya.

Fahmi ditemui selepas sesi pratonton dan sidang media drama pendek, #CedokLife iaitu projek kerjasama syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab dan iQIYI di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

Fahmi dilaporkan turut memberi saranan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan MyCreative Ventures (MyCV) untuk duduk semeja bersama PERKESO bagi membincangkan isu jaringan keselamatan sosial dalam kalangan penggiat industri kreatif.

Katanya, ia tetap perlu dilaksanakan kerana manfaat mampu dinikmati bersama biarpun membabitkan sejumlah kos.

Loading...
Terkini