comscore
Tumpuan :
Nasional

KKD & KPDN bincang, tangani isu penjualan minyak masak dalam talian

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

SEPANG: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung isu penjualan minyak masak paket subsidi secara dalam talian di beberapa platform media sosial ketika ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata KKD akan menyiasat dakwaan aktiviti penjualan minyak masak paket bersubsidi dilakukan secara dalam talian sebelum mengadakan perbincangan dengan KPDN.

“Maklumat ini saya akan panjangkan kepada KPDN. Sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, Suruhanjaya Komunikasi  MCMC akan jalankan tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Harga subsidi minyak masak paket sekilogram ditetapkan pada harga RM2.50 sejak program subsidi dimulakan pada 2007.

Sementara itu, sehingga lima Ogos, Laporan Siasatan Penjualan Barang Kawalan Berjadual Minyak Masak Secara Dalam Talian oleh KPDN mendapati, sebanyak tiga kes salah guna penjualan minyak masak berlaku.

Ia membabitkan dua kes di bawah peraturan 3(1) PKB 1974 iaitu tidak boleh berurusan secara borong atau runcit apa-apa barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4.

Selain satu kesalahan di bawah seksyen 20(1) Menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesenkan dengan jumlah keseluruhan sitaan RM1564.90.

Loading...
Terkini