comscore
Tumpuan :
Nasional

KJ nafi terbabit skim pelaburan saham

Foto : Khairy Jamaluddin / Facebook

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan beliau terlibat dalam mana-mana skim pelaburan saham.

Malah katanya, beliau tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan pelaburan saham.

“Pihak saya tidak pernah berhubung atau berurusan dengan sebarang syarikat pelaburan saham,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Beliau mengulas mengenai gambarnya  digunakan dalam sebuah iklan pelaburan saham yang tular di media sosial.

Menurut Khairy, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan dibuat berhubung iklan palsu berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, pengguna Facebook, Faizal Rais, mengucapkan tahniah tindakan pantas Khairy menafikan pembabitannya sekali gus menghalang penipu atau scammer menggunakan gambar figura awam.

“Tahniah KJ (Khairy) sebab cepat memberikan maklum balas supaya scammers tidak sewenang-wenangnya menggunakan public figure untuk mempengaruhi orang ramai dalam helah mereka,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang hanya menggunakan nama Sam, menyifatkan ia adalah taktik kumpulan skim cepat kaya yang berani menggunakan nama KJ.

Jamal Mut pula berpendapat, dalam beberapa minggu ini,  ramai muka individu popular diselitkan dalam iklan pelaburan saham.

“Ramai muka individu popular diselitkan dalam iklan mereka. Mereka guna akaun keldai untuk kutip wang orang ramai,” tulisnya di ruangan komen.

Loading...
Terkini