Tumpuan :
Nasional

“Kita tunggulah surat tu sampai” – Syahir

 

Tangkap layar : syahirnomic / Instagram

KOTA BHARU: Cabaran untuk berdebat mengenai hal ekonomi, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman memaklumkan, beliau akan menunggu surat yang dihantar oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

Mohd Syahir turut memaklumkan, dia berada di Bachok dan akan menunggu surat jemputan itu sampai.

“Patutlah saya batuk-batuk sejak semalam, rupanya ada orang jauh sebut namanya.

“Saya ada di Bachok ni. Kita tunggu lah surat itu sampai,” katanya menerusi status yang dimuat naik di instagramnya.

Pada masa sama, Mohd Syahir turut memberi pantun empat kerat yang ditujukan kepada Menteri Ekonomi itu.

“Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, janji yang baik dikenang juga,” katanya.

Terdahulu, Rafizi kini beralih arah dengan mencabar Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.

Cabaran itu diutarakan oleh Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.

Beliau akan menulis secara rasmi kepada Mohd Syahir dan akan menunggu untuk mendapatkan maklum balas.

Rafizi berkata, beliau akan terus meminta untuk berdebat dengan wakil PN kerana budaya ini seperti ini perlu dibawa demi pembaharuan negara.

Loading...
Terkini