comscore
Tumpuan :
Nasional

KITA 2024 bukti komitmen Sabah perkukuh integriti, perangi rasuah

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Sabah akan menganjurkan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 pada 14 Oktober sebagai bukti komitmen Negeri Dibawah Bayu itu dalam memperkukuhkan agenda integriti dan memerangi rasuah.

Konvensyen anjuran kali kedua dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dijangka menjadi acara tahunan kebanggaan Sabah dalam memperkasakan integriti, khususnya dalam kalangan penjawat awam dan swasta.

Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Lim Bee Kean, berkata dengan tema “Integriti Lestari Asas Kejayaan Madani”, KITA 2024 akan menghimpunkan 2,000 peserta termasuk Pengurusan Tertinggi, Ketua Pegawai Integriti dan Governans (CIGO), serta Pegawai Integriti dari Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) Persekutuan dan Negeri Sabah.

“Ia bertujuan meningkatkan kemahiran dan keunggulan sahsiah, serta mewujudkan sinergi antara organisasi bagi memaksimumkan sumber dan idea dalam usaha pemantapan integriti dan tadbir urus.

“Acara ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Dengan inisiatif seperti KITA 2024, beliau berharap objektif pengukuhan integriti dan pembudayaan nilai antirasuah dapat dicapai, selain menjadi platform untuk percambahan idea dan pembelajaran bagi Ketua-Ketua Unit Integriti dan Governans.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini