Tumpuan :
Nasional

Kilang proses minyak sawit mentah terbakar, 2 pekerja melecur

Dua pekerja cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Nilai, Negeri Sembilan.

NILAI: Dua pekerja dilapor cedera selepas sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 petang.

11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai segera dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan bahagian gudang kilang berkenaan.

Kebakaran turut memusnah sebuah jentera skylift dan jengkaut.

Pemeriksaan kemudian mendapati dua pekerja iaitu seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar cedera.

Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

Kebakaran memusnahkan 20 peratus bahagian kilang dan api berjaya dipadamkan pada jam 1.55 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini