comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang perabot musnah dalam kebakaran

Sebuah kilang perabot di Kampung Kerdas, Selayang musnah terbakar dalam kejadian pagi tadi. – FOTO: Ihsan JBPM

GOMBAK: Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Lorong Kerdas 4, Kampung Kerdas, Selayang di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, empat jentera bersama tiga tangki air dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 10.56 pagi.

“Jentera dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Pandan, BBP Seksyen 7, BBP Gombak Selatan, BBP Setapak, BBP Serdang dan BBP Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan kilang perabot berukuran 3.71 meter persegi (m³) x 9.29 m³, bangunan kelas B terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan anggota bomba di lokasi kejadian.

Katanya, laporan awal mendapati kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini