Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kilang kimia di Sungai Kapar Indah dilaporkan terbakar

Foto tular

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, dilaporkan terbakar petang tadi, hingga mengakibatkan berlaku beberapa letupan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.32 petang tadi.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. Pihak HAZMAT sedang mengenal pasti jenis bahan kimia yang menyebabkan letupan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Ahmad Mukhlis, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak bomba kini sedang menunggu pemilik kilang untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini