comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang buat pasu bunga terbakar

Foto : NSTP/IHSAN BOMBA

KUALA SELANGOR: Sebuah kilang membuat pasu bunga di Jalan Harmoni, Kampung Ijok, Bestari Jaya, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan 18 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kuala Selangor, Sungai Buloh dan Kota Anggerik ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.56 pagi.

Foto : NSTP/IHSAN BOMBA

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran membabitkan bangunan struktur terbuka kelas C.

“Anggota bertugas kemudian bertindak memadamkan kebakaran di bahagian depan dan belakang bangunan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya tiada mangsa terbabit namun, kebakaran menyebabkan kilang berkenaan musnah kira-kira 30 peratus.

Api dapat dikawal jam 4.16 pagi dan dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.

Loading...
Terkini