comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang bocor gas ammonia selesai dibersihkan bomba

Oleh: Selwam Arjunan

SUNGAI PETANI: Kilang pembuatan sarung tangan getah di Sungai Petani, Kedah yang mengalami kebocoran gas ammonia hari ini dan tumpahan bahan kimia semalam, selamat dibersihkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah (Operasi Kebombaan dan Penyelamat), Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah memastikan kawasan kilang dan sekitarnya selamat daripada pencemaran alam.

“Hazmat telah membuat kerja-kerja mengenalpasti bahan dengan menggunakan alat pengesan bahan kimia merbahaya. Bahan kimia yang terlibat adalah ‘ammonia solution’.

“Seterusnya, mereka membuat pengalihan bahan serta nyahcemar kawasan yang terlibat.

“Pemeriksaan akhir di lokasi menggunakan ‘detector gasmet’ bagi memastikan kawasan telah disahkan selamat sepenuhnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.21 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan seorang lagi mangsa turut dikesan terjejas selepas 21 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang itu dikejarkan ke hospital akibat kebocoran ammonia pagi tadi.

Kesemua mereka mengalami muntah dan sesak nafas akibat kejadian itu.

Kilang itu adalah kilang sama yang menyebabkan 17 pekerja mengalami pedih mata dan pening kepala termasuk seorang daripadanya pengsan akibat terhidu bahan kimia sodium hypochlorite, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini