comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kikis stigma PPR dilabel ‘pengotor’ dan tiada kesedaran sivik

 

OIeh Safwan Sawi

PUTATAN: Rumah dihias bagai istana, begitulah dekorasi kediaman masing-masing setiap kali menjelangnya Aidilfitri.

Uniknya komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai Putatan, suasana itu dilaksanakan secara bersama.

Lobi pangsapuri kini persis hotel dan kondo itu sekaligus mengikis stigma PPR dilabel pengotor dan tiada kesedaran sivik.

Tular di media sosial baru-baru ini, blok C PPR Taman Sri Serigai di sini, dilihat ini bukannya ruang tamu sebuah kediaman, tetapi lobi utama setiap aras.

Dekorasi di hadapan lif menjadi penghubung keakraban penghuninya, memaparkan tema berbeza setiap tingkat, menambah lagi seri ‘mood’ raya yang bakal tiba.

Menurut seorang penghuni, Zaini Sait, penghuni PPR telah mengumpul dana dari rumah ke rumah untuk beli barang keperluan menghias.

“Berkat kerjasama semua penghuni, idea menghias ini membuatkan mereka bertambah rajin mengemas dan menjaga kebersihan blok,” kata penghuni, Hatta Anwar.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini berkata, bermula tahun ini, individu bakal memiliki kediaman PPR perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi memberi kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab hidup berkomuniti dan adab kejiranan.

Berbeza penduduk di sini, belum pun kursus itu diperkenalkan mereka sudah menerapkan nilai-nilai itu lebih awal.

“Silaturrahim ukhwah antara komuniti di sini jarang kita lihat dari pelbagai kaum dan inisiatif ini dapat menyatukan antara satu sama lain walaupun memakan masa dan itulah tujuan utama menghias ini diadakan,” kata penghuni, Jaffri Abdul Rasid,

Menurut Roha Mohd Sidin, lagi bagus jika ada pihak tertentu yang sudi menaja penduduk di sini dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) supaya dengan adanya CCTV mampu mengelakkan daripada sebarang kecurian atau perkara yang tidak diingini berlaku.

Pertandingan keceriaan blok C ini adalah kesinambungan penganjuran blok lain sebelum ini, dan ia bukan sahaja mewujudkan keceriaan, malah secara tidak langsung mendidik penghuninya menjaga kebersihan sekaligus menjadi contoh kepada PPR lain di seluruh negara.

Loading...
Terkini