comscore
Tumpuan :
Nasional

Khazanah jual Iskandar Malaysia Studios kepada SMS

Iskandar Malaysia Studios

KUALA LUMPUR: Syarikat tujuan khas milik penuh Khazanah Nasional Bhd, Granatum Ventures Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jualan saham definitif bagi menjual 100 peratus pegangannya dalam Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) kepada Studio Management Services Sdn Bhd (SMS).

Dalam kenyataannya, Khazanah berkata penjualan itu untuk menarik pelaburan asing serta membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada Malaysia.

SMS adalah konsortium diketuai pasukan pengurusan semasa Malaysia, IMS dengan kerjasama GHY Culture & Media Holding Co Ltd, Singapura dan anak syarikatnya GHY Culture & Media (Malaysia) Sdn Bhd.

Menurut Khazanah, SMS dijangka meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh IMS kepada industri serta memudahkan kerjasama pada masa depan dan peluang penerbitan untuk Malaysia.

Penyelesaian transaksi itu katanya, sedang menunggu syarat dipenuhi.

Menurut Khazanah, SMS dijangka meningkatkan lagi perkhidmatan disediakan oleh IMS kepada industri serta memudahkan kerjasama pada masa depan dan peluang penerbitan untuk Malaysia.

“Kerjasama dan kemasukan banyak usahawan Malaysia dan rakan kongsi serantau yang berkebolehan akan memangkin pertumbuhan dan pembangunan ekosistem di IMS,” katanya.

Khazanah berkata kerjasama ini akan menyumbang kepada penggunaan studio yang lebih tinggi dalam kalangan penggiat serantau dan global, sekali gus dapat menyokong ekosistem penerbitan tempatan dengan kapasiti lebih baik bagi menarik banyak penerbitan dan perkongsian saluran penerbitan kandungan.

“Khazanah kekal komited untuk mengekalkan manfaat limpahan ekonomi yang positif kepada ekonomi sosial di samping menyelaraskan kepentingan strategiknya untuk memajukan Malaysia, memastikan penciptaan nilai, pembinaan kapasiti dan impak kemasyarakatan kepada negara,” katanya.

Loading...
Terkini