comscore
Tumpuan :
Nasional

Khalid Ali meninggal dunia

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Khabar sedih buat arena bola sepak negara apabila bekas pemain kebangsaan  Abd Mohd Khalid Mohd Ali, 65, atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebentar tadi.

Berita sedih terbabit dimaklumkan adiknya Datuk Zainal Abidin Hassan ketika dihubungi Arena Metro memaklumkan Allahyarham meninggal dunia jam 3.05 petang tadi.

“Betul, abang Khalid sudah tiada. Beliau meninggal dunia jam 3.05 petang tadi di hadapan ahli keluarga,” katanya.Sebelum ini, Khalid Ali ketika ini sedang menerima rawatan di pusat perubatan terbabit selepas mengalami sesak nafas dan keadaan kesihatan kurang memuaskan.

Allahyarham Khalid antara wira yang membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah menyarung jersi Selangor serta Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Allahyarham disahkan menghidap kanser tahap empat sehingga mendapat perhatian perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanannya.

Antara yang tampil membantu, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang menanggung segala kos rawatan Allahyarham di PPUM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini