Tumpuan :
Nasional

Khaled Nordin tiba di Bangkok, pengerusikan mesyuarat persempadanan Malaysia-Thailand

Foto:  Khaled Nordin / Facebook

BANGKOK: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Bangkok hari ini untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari.

Lawatan itu merangkumi pertemuan rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, TYT Phumtham Wechayachai.

Agenda utama lawatan kerja itu adalah penganjuran bersama Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Thailand (GBC) ke-56 dan menjadi platform utama bagi mengukuhkan kerjasama dalam isu persempadanan antara kedua-dua negara.

“Alhamdulillah, saya tiba di Bangkok, Thailand hari ini bagi lawatan kerja rasmi selama dua hari bermula esok. Lawatan ini merupakan lawatan kerja rasmi pertama saya ke Thailand sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

“Saya akan mempengerusikan 56th Malaysia-Thailand General Border Committee (GBC) Meeting secara bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand. Mesyuarat GBC ini berperanan sebagai platform utama dalam menguruskan kerjasama persempadanan melibatkan kedua-dua buah negara,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada jam 4.30 petang waktu tempatan disambut oleh Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan Thailand, Air Chief Marshal Surarit Kitchathorn, Timbalan Ketua Misi Malaysia di Thailand, Bong Yik Jui, serta Atasé Pertahanan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini