Tumpuan :
Nasional

Keutuhan Kerajaan Perpaduan ditahap terbaik, salur perkhidmatan berkualiti kepada rakyat

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Keutuhan antara pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan sentiasa berada tahap terbaik dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada negara dan rakyat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam mewujudkan persefahaman politik antara pemimpin.

“Secara umumnya hubungannya sangat baik dan sering kali ada persefahaman dan sekiranya ada perkara yang perlu diteliti kita akan bincang dengan lebih menyeluruh.

“Perdana Menteri, seorang pembina konsensus, malah dari dulu pun beliau seorang penyedia jambatan persefahaman politik sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim lah suatu ketika dahulu PAS dan DAP boleh bekerjasama,” katanya ketika ditemubual dalam Podcast Edisi Khas Buletin TV3 yang disiarkan di platform Facebook dan Youtube Buletin TV3.

Tambahnya, sikap dan semangat perpaduan yang dibawa Datuk Seri Anwar membolehkan Kerajaan Perpaduan terus berkhidmat pada hari ini.

“Kita saling faham memahami dan sentiasa bagi saya cuba meletakkan Maqasid atau Fiqh Al-Awlawiyyat apa yang diutamakan itu adalah kemaslahatan umum, kebaikan untuk negara, kestabilan.

Jelasnya, ketika ini kerajaan sentiasa memberi fokus untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan menstabilkan mata wang Ringgit selain menarik pelaburan masuk ke dalam negara.

Podcast Edisi Khas Buletin TV3 yang disiarkan di saluran Facebook dan YouTube Buletin TV3, hari ini dikendalikan hos Halim Mohamed dan Mas Zharif Zhafri Aziz Desa.

Ia menyentuh rangkuman isu nasional 2024 membabitkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, jenayah dalam talian, Akta 588 dan Lesen Pengendali Media Sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini