comscore
Tumpuan :
Nasional

Ketua Polis Johor nafi video tular persaraannya

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar. Foto fail NSTP

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan persaraan Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, sebagaimana yang tular dalam sebuah video berdurasi satu minit di laman sosial TikTok.

Kumar memaklumkan kandungan video itu adalah tidak benar dan tidak berasas.

Katanya, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini terjaga.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan melalui saluran rasmi PDRM saja.

“Pihak Polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Dalam video tular itu memaparkan Kumar menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan bakal Pesara Kontinjen Johor 2024 di IPD Iskandar Puteri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini