Tumpuan :
Nasional

Ketua Pengarang Astro Ashwad Ismail dipilih Presiden ISWAMI 2023-2025

Majlis serah terima tugas daripada Datuk Mokhtar kepada Presiden ISWAMI yang baharu Ashwad Ismail.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang ASTRO Awani Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) bagi tempoh 2023-2025.

Beliau menggantikan Datuk Mokhtar Hussain pada pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung ISWAMI 2023-2025, yang diadakan di sini hari ini.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dipilih sebagai Timbalan Presiden ISWAMI.

Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Kamaruddin Mape pula dipilih sebagai Naib Presiden ISWAMI.

Jawatan Setiausaha Agung ISWAMI kekal disandang oleh Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Mohd Shukri Ishak.

Merakamkan ucapan terima kasih, Ashwad berharap ISWAMI dapat melakukan perubahan yang lebih besar untuk memberi impak kepada negara serta hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita akan mengukuhkan lagi peranan ISWAMI serta membawa ISWAMI ke peringkat lebih tinggi dan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Loading...
Terkini