Tumpuan :
Nasional

Ketua Menteri Sarawak Kini Bergelar Premier Sarawak

Ketua Menteri Sarawak kini bergelar Premier Sarawak berkuat kuasa hari ini, 1 Mac 2022.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Selain itu, beliau berkata, Timbalan Ketua Menteri akan dirujuk sebagai Timbalan Premier dan Menteri Muda sebagai Timbalan Menteri juga berkuat kuasa hari ini.

Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 15 Februari lalu meluluskan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sarawak.

Antara pindaan itu ialah gelaran Ketua Menteri ditukar kepada Premier.

Loading...
Terkini