comscore
Tumpuan :
Nasional

Ketua Agensi Dentsu X Malaysia, Moiz Bilwani tersenarai dalam 40 under 40 Campaign Asia-Pacific 

Ketua Agensi Dentsu X Malaysia, Moiz Bilwani

PETALING JAYA: Ketua Agensi Dentsu X Malaysia, Moiz Bilwani tersenarai antara 40 pengamal bidang pemasaran, media, teknologi dan komunikasi paling berpengaruh dalam anugerah berprestij ’40 under 40′ Campaign Asia-Pacific tahun ini.

Kejayaan itu hasil sumbangannya dalam inisiatif Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI) dalam bidang pemasaran, Media dan Pengiklanan di negara ini.

“Bakat-bakat terkemuka di seluruh APAC dalam bidang Pemasaran, Media dan Pengiklanan, sungguh saya berasa gembira, rendah hati dengan pengiktirafan ini, dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar untuk diri saya, pasukan hebat saya, dan organisasi tercinta saya, Dentsu Malaysia dan Dentsu X Malaysia!

“Kemenangan ini untukmu, Abuji (ayah), semoga engkau memandang dari atas dan berasa bangga!,” jelasnya dalam entri terbaharu di laman Instagram hari ini.

Bilwani menyertai Dentsu Malaysia pada tahun 2022 sebagai rakan kongsi pelanggan APAC sebelum terus mengorak langkah dan berjaya meningkatkan hasil tahunan syarikat itu sebanyak 22 peratus di peringkat serantau.

Transformasi luar biasa di bawah kepimpinannya di syarikat itu juga membawa kejayaan memenangi pelbagai anugerah.

Bilwani juga terlibat secara langsung dalam memainkan peranan penting memodenkan strategi media jenama itu di 14 pasaran, selain mewujudkan agenda pembelajaran digital dan kerangka inovasi.

Beliau juga antara pemain industri yang membantu dalam membangunkan garis panduan bidaan untuk Persatuan Pakar Malaysia, menetapkan kualiti bidaan di Malaysia serta mengetuai pembaharuan garis panduan pemasaran minuman keras kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini