comscore
Tumpuan :
Nasional

Ketidakcekapan sub-kontraktor punca projek kerajaan lewat

Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kelewatan pembinaan beberapa projek kerajaan dipercayai berpunca daripada ketidakcekapan sub-kontraktor mengendalikan sesebuah projek.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata kegagalan itu telah menyebabkan projek terbabit ditender semula.

”Untuk mengatasi masalah ini saya mengesyorkan kepada kerajaan agar penglibatan sub-kontraktor dihadkan untuk mengendalikan sesebuah projek dan harus menggunakan kontraktor tempatan lebih mengetahui keadaan setempat,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga menyarankan kelulusan beberapa projek yang telah diluluskan kerajaan terdahulu diteruskan Kerajaan Perpaduan untuk kepentingan rakyat.

Ia termasuk cadangan pembinaan projek Sabah-Sarawak link road, SSLR  yang menghubungkan kedua-dua wilayah.

Loading...
Terkini