comscore
Tumpuan :
Nasional

Kesihatan mental kanak-kanak GISBH dalam penilaian KKM

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan 

PUTRAJAYA: Tahap keseriusan kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), masih dalam penilaian Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dalam proses memberikan perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak itu.

“Kita bekerjasama sebenarnya kerana ini bukan tugasan KKM sahaja tetapi KKM akan terlibat apabila hal-hal terkait dengan kesihatan.

“Kami berikan sokongan perkhidmatan kita secara khusus dan berlandaskan kepakaran kita, KKM bersedia untuk membantu.” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat KKM Tahun 2024.

“Banyak perkara masih dalam siasatan dan kami akan terlibat dari sudut untuk memberikan kaunseling.

“Kalau nak statistik secara lebih jelas dan lebih konkrit saya tidak boleh menyebutnya secara spesifik dan saya tak mahu menyebutnya secara rambang.

“Kalau perlu kita akan buat kenyataan kemudian tapi sekarang kita tidak ada apa-apa yang nak terbitkan kerana saya tegaskan masih banyak siasatan.

“Saya yakin perkara ini akan dapat kita berikan kemas kini dalam waktu terdekat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini