Oleh: Juliana Sharin
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kempen kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya perlu dilipat ganda dan diperluas.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata berkata ia susulan kebimbangan Datuk Seri Anwar terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal.
Fahmi berkata dalam pertemuan Datuk Seri Anwar dengan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye semalam, Perdana Menteri dimaklumkan 600 ribu kemalangan dilaporkan tahun lalu, dengan insiden paling tinggi melibatkan motosikal oleh mereka yang berusia 18 hingga 35 tahun sehingga menyebabkan kematian.
“Perdana Menteri meminta ibu bapa yang mempunyai anak berusia 16 dan 18 tahun ke atas untuk sentiasa berwaspada sewaktu mereka menunggang atau membonceng motosikal,” katanya pada sidang media mingguannya, di sini, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.