comscore
Tumpuan :
Nasional

Kesan diesel ditemui pada muka sauk LRA Cheras

PETALING JAYA: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan penemuan kesan diesel pada muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras, Batu 11, hari ini.

Pemakluman itu dibuat LUAS menerusi hantaran di Facebooknya, justeru siasatan rapi sedang dijalankan.

“Siasatan mendapati ia berpunca kawasan perindustrian berdekatan berdasarkan bau sehingga dua ton yang dikesan pada pembetung terlibat sebelum memasuki Sungai Langat.

“Susulan itu, LUAS segera melaksanakan tindakan pencegahan dengan meletakkan satu beg activated carbon (AC) dan 12 pad minyak dalam pembetung berkenaan bagi memerangkap dan menghalang aliran kesan minyak ke Sungai Langat,” katanya.

Pada masa sama, siasatan lanjut menemukan tapak bekas cucian diesel di hadapan premis kosong di kawasan terbabit.

“Disyaki terdapat aktiviti pencucian kenderaan dan pelepasan bahan diesel di pembetung berkenaan.

“Kerja pembersihan segera dilaksanakan di lokasi melalui kontraktor dilantik dan LUAS turut memantau rapi keadaan semasa Sungai Langat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini