comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Saya memohon masyarakat bersabar, doakan keluarganya kuat – Peguam 

 


PETALING JAYA: Susulan penahanan reman ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh Disember tahun lalu, peguam yang mewakili suspek meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi demi menjaga perasaan keluarga.

Mahmud Abdul Jumaat berkata walaupun penangkapan mereka sesuatu yang tidak dijangkakan namun ia adalah untuk membantu siasatan polis.

“Saya memohon semua masyarakat untuk bersabar dan mendoakan keluarganya kuat untuk menerima ujian.

“Masih dalam tempoh reman, hanya untuk lengkapkan siasatan.

“Kita tidak tahu siapa lagi akan dituduh, jika habis siasatan nanti, dan apabila telah dilengkapkan dan dihantar kepada pihak pendakwa raya, dari situ kita akan tahulah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, pasangan itu kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini.

Allahyarham Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang, ditemui meninggal dunia tidak jauh dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini.

Mayat Zayn ditemui kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan mangsa dibunuh berdasarkan kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Loading...
Terkini