KLANG: Lebih 200 keterangan sudah dirakam polis berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, bagaimanapun, ketika ini belum ada perkembangan terbaharu siasatan kes kanak-kanak itu.
“Kita masih menilai bahan bukti yang dikumpul. Macam saya cakap tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat dan (anggota) masih di lapangan berjumpa dengan masyarakat setempat, jika ada sebarang maklumat tertinggal, walau sekecil mana pun.
“Lebih 200 orang kita sudah panggil (untuk dirakam keterangan). Daripada awal memang kita ‘scan’ kedua-dua blok (Apartmen Idaman) berkenaan, jadi memang ramai,” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, seramai 285 individu termasuk warga asing ditahan menerusi Op Pintas Mega bagi menangani jenayah pemerdagangan orang di seluruh negara.
Katanya, kejayaan itu hasil 42 serbuan dengan kerjasama 14 kontinjen polis seluruh negara dan Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.
“Seramai 64 mangsa diselamatkan dengan empat daripadanya orang kurang upaya (OKU), mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).
“Secara pecahannya, 22 wanita, lelaki (12), kanak-kanak perempuan (20) dan 10 kanak-kanak lelaki yang terdiri pelbagai warga termasuk Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan Myanmar,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007 selain Seksyen 55B, Seksyen 15 (1) (C) dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963.
“Kita memandang serius aktiviti jenayah pemerdagangan orang dan tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap mana-mana individu dan kumpulan jenayah yang melakukan jenayah ini,” katanya.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Kes belum diklasifikasi sebagai ‘NFA’
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakar sifatkan jenayah terancang
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tujuh unit rumah tidak berpenghuni di Blok R diperiksa
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis Selangor berjaya kesan dua saksi kanak-kanak
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis jumpa sarung kaki di lokasi kejadian
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : Pasukan forensik tiba jam 6:26 petang sambung siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 4 beg sampel forensik dari kediaman mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Semua berdukacita, harap dapat bersihkan imej keluarga’
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Stor penyimpanan jadi tumpuan siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 sampel DNA penduduk diambil
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : ‘Tak mungkin sebab dendam’- datuk mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakaian Zayn diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa
- [VIDEO] Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di anak sungai
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Taman permainan bertukar suram, sunyi
- [VIDEO] Operasi mencari petunjuk difokuskan di kawasan mayat dijumpai
- Polis sudah terima rakaman ‘dashcam’ bantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: JPS bantu sedut air di lokasi penemuan mayat Zayn
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit K9 masuk kembali ke Blok R Apartmen Idaman
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R jadi tumpuan Unit Forensik malam ini
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pemeriksaan setiap rumah di Blok R – KP Selangor
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Dua kotak dibawa keluar dari Blok R
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit Forensik PDRM teruskan misi pencarian
- [VIDEO] KPWKM sedia bantu keluarga Zayn Rayyan
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Stoking bukan milik mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R terus jadi tumpuan pencarian petunjuk baharu
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: PDRM minta bantuan Interpol
- Kes Zayn Rayyan: Siasatan hampir 90 peratus, PDRM akan mulakan tangkapan berdasarkan risikan – KPN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.