comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Zayn Rayyan: Kompleks Mahkamah PJ jadi tumpuan

Sebahagian pengamal media dan ahli keluarga kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berkumpul diluar perkarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO NSTP

PETALING JAYA: Kompleks Mahkamah di sini menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mati dibunuh.

Bagaimanapun, pengamal media dilarang memasuki pekarangan mahkamah sebaliknya hanya mereka yang mempunyai urusan saja boleh berbuat demikian.

Kompleks itu dikawal ketat pihak berkuasa sejak ketibaan orang ramai dan pengamal media pada jam 7.30 pagi.

Jumaat lalu, polis menyambung reman pasangan suami isteri bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka diteruskan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu direman enam hari sehingga esok.

Loading...
Terkini