Tumpuan :
Nasional

Kes tembak: KDN bakal tingkatkan modul latihan pengawal keselamatan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Auditorium Setia Perkasa, Putrajaya. FOTO: NTSP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Susulan insiden tembakan di pusat beli-belah Sabtu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat keperluan untuk menambah baik modul latihan pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi tumpuan orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak industri kawalan keselamatan juga akan dilibatkan dalam perbincangan berhubung perkara itu.

“Sudah sampai masanya untuk modul dan silibus latihan itu kita kemaskini, kita tingkatkan keperluan latihan kepada syarikat keselamatan ataupun polis bantuan, saya minta pimpinan polis untuk teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, kementeriannya akan terus memastikan keselamatan negara berada pada tahap tertinggi seiring dengan cabaran semasa yang kompleks.

Sabtu lalu, media melaporkan kejadian tembakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini