comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes simbah asid Faisal Halim: Polis tahan lelaki warga tempatan bantu siasatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. -Foto fail NSTP.

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak pasukan Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor , Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi Buletin TV3  mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Polis sudah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an di sekitar Ampang. Suspek akan direman hari ini.” katanya.

Perincian lanjut berkenaan tangkapan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Datuk Hussein, pihaknya juga sudah mengambil keterangan tiga individu termasuk mangsa dan akan memanggil beberapa saksi lagi untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian petang semalam, Faisal diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk akibat disimbah asid di sebuah pasaraya di Petaling Jaya.

Dia yang kini dirawat di sebuah hospital dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini