comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes serangan Balai Polis Ulu Tiram disebut semula 15 November depan

Oleh: Atikah Azlan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala lumpur hari ini menetapkan tarikh sebutan semula kes dua anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram pada 15 November depan.

Radin Imran Radin Mohd. Yassin, 62, dan Farhah Sobrina, 23, yang diwakili peguam, Fatimah Zulaikha Ahmad Basri mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan semula.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya, Muhammad Mustaffa P. Kunyalam di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid.

Radin Imran berdepan tiga pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574), iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam fahaman ideologi keganasan yang berkait kumpulan IS.

Lelaki itu turut dituduh memberi sokongan kepada IS dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakar Al-Baghdadi yang disiasat mengikut Seksyen 130J(1)(a) kanun yang sama.

Selain itu, Radin turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(b) kerana memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas dengan menyimpan empat senjata api jenis senapang angin buatan sendiri untuk menjalankan aktiviti kumpulan pengganas IS.

Dalam pada itu, Farhah Sobrina berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a), iaitu dia didakwa sengaja tidak memberikan apa-apa maklumat berkaitan kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 24 September lepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram dalam insiden 17 Mei lalu, ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Loading...
Terkini