Tumpuan :
Nasional

Kes rasuah RM3,000, lima ‘orang tengah’ direman 6 hari

JOHOR BAHRU: Lima ‘orang tengah’ direman enam hari bermula hari ini hingga Ahad ini kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM3,000 bagi menyelesaikan kes memandu dalam keadaan mabuk.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Permohonan reman ke atas kelima-lima orang awam itu dibuat bagi membolehkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, mengikut seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, menurut sumber SPRM, kesemua suspek lelaki berusia 24 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor jam 8 malam tadi.

“Difahamkan, kesemua suspek bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kes kesalahan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini