Tumpuan :
Nasional

Kes rasuah projek pekerja asing: Adlan Berhan antara 2 individu dicari SPRM

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki berhubung kes rasuah dan penyelewengan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Kenyataan SPRM  memaklumkan, individu yang dicari ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, yang juga menantu kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Alamat terakhir beliau di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Seorang lagi ialah Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM,” menurut kenyataan itu.

Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Justeru, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat supaya menghubungi pegawai penyiasat, Nur Muhammad Amin Jamaluddin di talian 03-88700799 atau 016-4322 699 atau emel kepada [email protected].

Loading...
Terkini