Tumpuan :
Nasional

Kes rasuah didakwa berkait PM9: Nilai rampasan lebih RM177 juta, barang kemas belum dinilai

Datuk Seri Ismail Sabri, PM kesembilan

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan nilai rampasan ditemui pegawainya dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melebihi daripada jumlah yang dinilai ketika ini.

Beliau berkata, SPRM ketika ini masih belum menilai sejumlah barang kemas yang ditemui dalam serbuan di tiga premis termasuk ‘safehouse’ di Lembah Klang.

“Setakat ini jumlah yang kita nilai ialah RM177 juta membabitkan wang tunai pelbagai mata wang dan jongkong emas RM7 juta. Jongkong emas itu mengikut harga semasa bernilai RM424,000 sekilogram.

“Terdapat pelbagai barangan kemas yang juga ditemui dalam siasatan itu yang belum sempat dinilai pegawai penyiasat kerana mereka masih perlu melakukan tugasan lain seperti mengambil keterangan dan memeriksa dokumen,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga mengesan dana yang berkemungkinan disembunyikan termasuklah di luar negara.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini