CHUKAI: Polis menahan tiga lelaki berhubung kejadian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di bandar ini, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, berkata suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sekitar jam 8 malam.
“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Dalam kejadian tersebut, mangsa, seorang lelaki OKU yang menunggang motosikal, dikatakan telah melanggar sebuah gerai jualan kira-kira jam 9.30 pagi.
Pelanggaran itu menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah sebelum mangsa dipukul oleh beberapa lelaki hingga cedera.
Mangsa yang juga mengalami ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan sebagai pesakit luar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.